Haniya: Kami Usahakan Dialog Untuk Meredakan Keadaan.

Rabu 11/06/2008 –Ismael Haniya, PM Palestin menegaskan bahawa pemerintahnya dan gerakan Hamas akan mengerahkan usaha secara maksimum untuk memenangi situasi dengan memulakan dialog nasional bagi mengembalikan kedudukan Palestin berdasarkan prinsip “tidak ada menang dan kalah”.

Perkara ini disampaikan oleh Haniya ketika memantau proses peperiksaan sekolah menengah di sekolah Ahmad Syauqi dan Karmal di Gaza. Beliau menegaskan bahawa ujian dalaman yang berlaku kini perlu dihadapi sebaik mungkin untuk mengembalikan persatuan nasional dan geografi Palestin. Beliau berharap agar semua pelajar wanita Palestin menjadi wanita solehan bagi masyarakat Palestin.