Haneyya : Israel Tidak Serius Utk Berdamai.

Rabu 11/06/2008 – Pergerakan Hamas menyatakan serangan baru tentera Israel terhadap penduduk Palestin yang berlaku pada tengah hari Selasa lalu sehingga membunuh tiga orang pejuang Qassam dan mencederakan lima orang yang lain di Shujaiyeh, timur bandar Gaza mengesahkan bahawa Israel tidak serius dengan sebarang perdamaian.

Dalam satu kenyataan akhbar yang diterima PIC, Sami Dr. Abu Zuhri selaku jurucakap Hamas berkata pencerobohan Israel ini tidak akan menakutkan penduduk Palestin dan mencabar kesabaran mereka tetapi ia akan lebih meningkatkan keazaman dan bantahan pembunuhan mereka terhadap pendudukan Israel.