Israel luluskan pembinaan 40,000 unit rumah di Jerusalem.

Isnin, 16/06/2008 –Majlis Perbandaran Jerusalem yang dkuasi Israel telah meluluskan pelan yang dibentangkan oleh Datuk Bandarnya, Uri Lupolianski untuk membina lebih kurang 40,000 unit rumah di beberapa pinggir kota bandar suci itu.

Lupolianski memberitahu radio Yahudi pada hari Ahad lalu bahawa Jerusalem bukannya sebuah penempatan, dan kerja pembinaan akan diteruskan di kesemua pinggir kotanya untuk menggalakkan pemuda-pemudi Israel tinggal di situ.

Dia kemudian menjelaskan lagi bahawa unit perumahan baru itu akan di bina di kawasan pinggiran kota Tur, Eisawia dan Sha’fat di
samping penempatan yang sedia ada di pingiran kota Jilo dan Ramot.