Hamas Bersedia Berdialog Dengan Fatah.

Selasa, 17/06/2008 –Pergerakan Hamas Isnin lalu telah menyatakan mereka telah bersedia untuk memulakan dialog kebangsaan dengan kumpulan Fatah pada bila-bila masa sambil mengatakan ia akan menggunakan segala kemudahan yang ada untuk mencapai kejayaan.


Dalam temuramah eksklusif bersama PIC, jurucakap Hamas di Semenanjung Gaza, Fawzi Barhoum menyatakan sebuah pasukan daripada kumpulan Fatah dijadualkan akan dihantar dari Tebing Barat ke Semenanjung Gaza pada hari Selasa bagi “menyediakan suasana dialog kebangsaan itu” selepas mereka berunding dengan pemimpin-pemimpin Fatah di Semenanjung Gaza.

“Ini adalah hal dalaman Fatah yang kita tidak akan masuk campur dan kita dalam Hamas mempunyai pendirian jelas dan jujur mengenai dialog kebangsaan sepertimana kita pernah menggesa ia dilakukan sejak pertelagahan politik antara warga Palestini setahun yang lalu”, kata Barhoum sebagai reaksi kepada jadual lawatan pasukan Fatah.