Haneyya: Perjanjian damai akan dirumus berasingan daripada isu Shalit.

Selasa, 17/06/2008 –Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin, menyatakan Isnin lalu bahawa satu perjanjian damai akan disimpulkan tidak lama lagi, menunjukkan yang isu tawanan askar Israel Gilad Shalit akan diuruskan secara berasingan.

Sepanjang perasmian ibu pejabat sebuah kementerian di bandar Gaza, Haneyya mengalu-alukan usaha Mesir dalam hal ini di mana ia berupaya memenuhi tuntutan Hamas untuk mengasingkan isu askar tawanan Israel daripada isu yang tenang.

Perdana Menteri menyatakan harapannya yang ketenangan akan memenuhi tuntutan penduduk Palestin dengan cara memberhentikan pencerobohan, menyekat pengepungan dan pembukaan lintasan, menegaskan yang gencatan senjata mestilah serentak dan dilaksanakan buat pertama kali di Gaza dan kemudian di Tebing Barat.