Pegawai Rasmi Mesir: Keredaan bermula pada pagi Khamis.

Rabu, 18/06/2008 –Seorang pegawai kanan kerajaan Mesir pada hari selasa lepas mengumumkan keredaan akan berlaku antara kumpulan-kumpulan penentang Israel dan Palestin pada pagi Khamis nanti.

Agensi berita rasmi Mesir memetik sumber itu berkata keredaan itu akan berlaku mengikut tawaran yang telah dibentangakan oleh kerajaan Mesir.

Menurut seumber itu juga, kedua-dua pihak Israel dan Palestin juga telah bersetuju terhadap fasa pertama tawaran itu, yang mana telah menetapkan keredaan di semenanjung itu berlaku serentak pada pukul 6 pagi Khamis waktu tempatan.