Khudari di Austria, mengajak dunia untuk hentikan sekatan ke atas Gaza.

Khamis, 19/06/2008 –Penggubal undang-undang dan ketua jawatankuasa anti-sekatan berpusat di Gaza, MP Jamal Al-Khudari
berada di Austria dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan rasmi untuk mengakhiri sekatan ekonomi
Israel yang tidak adil ke atas Semenanjung Gaza

Sekatan tersebut dikenakan lebih 2 tahun yang lepas selepas Pergerakan Hamas memenangi kebanyakan kerusi Parlimen PA dalam pilihanraya telus dan demokratik yang dipantau oleh lebih daripada 1000 pemerhati dan diketuai oleh bekas Presiden US, Jimmy Carter, yang merupakan antara personaliti penting.