Kepungan Gaza Makin Tenat ?

Jumaat, 20/06/2008 –Satu laporan yang dikeluarkan oleh pertubuhan Eropah yang berkempen untuk membatalkan kepungan menyatakan bahawa jumlah mangsa kepungan telah meningkat kepada 116 pesakit Palestin termasuk kanak-kanak sejak awal 2008 yang menunjukkan Semenanjung Gaza menyaksikan satu kenaikan kematian pesakit yang ketara.

Menurut laporan itu, jumlah bilangan mangsa sejak kepungan Israel yang dikenakan setahun yang lalu kini telah mencapai 192 orang pesakit.

Kempen itu telah memberi amaran bayang kematian mengancam ramai pesakit yang mengalami penyakit kronik dan serius disebabkan oleh kekurangan ubat-ubatan dan sekatan Israel yang dikenakan ke atas perjalanan rawatan perubatan di luar kepungan Semenanjung Gaza.