Nunu: Tiada pertemuan dibuat antara Haneyya dan deligasi Fatah.

Isnin, 23/06/2008 –Taher Al-Nunu, jurucakap kerajaan, mengatakan bahawa Perdana Menteri Ismail Haneyya tidak ‘dijadualkan’ untuk bertemu deligasi Fatah yang datang melawat Gaza dari Ramallah.

Nunu bagaimanapun menyatakan rasa terkejutnya apabila Hikmat Zeid, salah seorang dari deligasi Fatah, enggan bertemu Haneyya.

Jurucakap itu berkata bahawa Zeid berkali-kali meminta untuk bertemu Haneyya di pejabat beliau, namun Haneyya telah pun mempunyai jadual lain dan apa yang dilaporkan oleh akhbar mengenai pertemuan itu adalah pertemuan beliau dengan beberapa pegawai kerajaan dan Hamas.