Pertubuhan Bukan Kerajaan Dakwa Tentera Israel Cabuli Hak Tahanan.

Isnin, 23/06/2008 –Jawatankuasa Awam Menentang Seksaan Israel (PCATI), sebuah pertubuhan bukan kerajaan mendakwa penjajah Israel telah mencabuli hak-hak tahanan Palestin di penjara Israel termasuklah mereka yang kurang upaya.

NGO tersebut dalam laporan tahunan dari tarikh Jun 2006 hingga October 2007 yang diterbitkan pada ahad lepas telah melaporkan bahawa terdapat 90 kes pencabulan dimana keganasan telah digunakan terhadap tahanan semasa mereka ditahan, dalam perjalanan ke pusat tahanan mahupun semasa soal siasat.

Juga dilaporkan bahawa pencabulan berlaku terhadap warga kurang upaya yang sepatutnya mendapat perlindungan istimewa dibawah undang-undang antarabangsa dan dinyatakan lagi bahawa tentera Israel sering mengambil kesempatan terhadap ketidakupayaan tersebut.

Banyak laporan menyebut bahawa penderaan dan pencabulan berlaku tika mana tahanan tidak langsung memberi ancaman terhadap tentera Israel.
PCATI juga melaporkan bahawa tentera Israel digunakan untuk menakut dan memalukan tahanan Palestin.

Sementara itu dalam satu kenyataan oleh pihak tentera Israel menyatakan bahawa pihak tentera sentiasa menghormati dan mematuhi undang-undang antarabangsa dalam menangani tahanan yang disyaki terlibat dalam “aktiviti keganasan”