NGO Israel Kecam Tentera Rejim Zionis.

Khamis, 26/06/2008 –Sebuah pertubuhan NGO yang dikenali sebagai Jawatankuasa Awan Anti Kekejaman Israel telah mengecam tindakan tentera Israel yang sering mendera tahanan Palestin termasuk yang masih kanak-kanak.

Dalam laporan tahunan mereka, sebanyak 90 kes penderaan terhadap tahanan dilaporkan iaitu penderaan semasa tahanan, proses penahanan dan semasa di penjara.

Jawatankuasa Awam ini berkata bahawa kanak-kanak yang seharusnya menerima perlindungan seperti mana yang digariskan oleh undang-undang antarabangsa juga turut dilaporkan menjadi mangsa penderaan, malahan tentera-tentera Israel tidak memberi layanan yang sewajarnya kepada tahanan kanak-kanak dan mengambil kesempatan ke atas kelemahan tahanan mereka.

Kebanyakan laporan menyatakan bahawa penderaan ini dilakukan dengan mengikat rakyat palestin walaupun mereka tidak memberi ancaman kepada askar-askar Israel.
Jawatankuasa ini menambah bahawa laporan ini merangkumi laporan yang diterima dari Jun 2006 hingga Oktober 2007.

Jawatankuasa ini mengecam tindakan Tentera Israel yang menggunakan askar untuk melakukan keganasan dan menindas tahanan Palestin.

Walaubagaimanapun tentera Israel tetap menyatakan bahawa tindakan mereka adalah mengikut undang-undang antarabangsa yang berkaitan akta keganasan.

One Comment

Comments are closed.