Gilad Shalit Mesti Di Tukar Dengan … ?

Khamis, 26/06/2008 –Pergerakan Hamas Rabu lalu menyatakan yang puak-puak tentangan Palestin yang menahan askar rejim Zionis, koperal Gilad Shalit masih bertegas dengan syarat mereka untuk menukaarkannya dengan tawanan-tawanan Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak di penjara Israel.

“Saya berkata kepada kerajaan penceroboh Israel bahawa kedegilan tidak akan membantu mereka dalam isu ini dan ia akan mendorong kepada kehilangan lebih besar bagi pencerobohan mereka”, kata Abu Obaida, jurucakap sayap bersenjata Hamas, Qassam Brigades di bandar Gaza, dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu lepas.