Al-Khudari : Kami akan hadapi kepungan yang menggila di Gaza ini.

Jumaat, 27/06/2008 –Ahli Parlimen Jamal Al-Khudari selaku Ketua Jawatankuasa Popular bagi pengepungan menyatakan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza memahami erti ketabahan untuk menghadapi realiti pahit dalam kehidupan mereka dan akan mengalahkan mereka yang bertaruh bahawa pengepungan itu menguji kesabaran mereka, sambil menambah penduduk Palestin akan berjaya lantaran keadilan sebagai asas perjuangan mereka.

Dalam satu kenyataan akhbar, Khudari memberitahu kepungan tidak adil Israel itu merosakkan seluruh aspek kehidupan di Gaza dan merosakkan ekonomi negara serta semua sektor perkhidmatan.

Sementara itu, semasa demosntrasi yang dianjurkan sempena peristiwa “tetap teguh walaupun dikepung” oleh Hamas di Gaza, 170 kanak Palestin merayu kepada dunia Arab dan masyarakat antarabangsa agar menjamin hak mereka untuk hidup seperti kanak-kanak lain di dunia, menamatkan pengepungan dan memastikan tahanan-tahanan dibebaskan dari penjara Israel.