Ekonomi Gaza Musnah ?

Isnin, 30/06/2008 –Persatuan Palang Merah Antarabangsa menyatakan kepungan Israel yang dikenakan sejak dua tahun lepas telah mengakibatkan kesan yang teruk ke atas seluruh aspek kehidupan harian bagi satu setengah juta rakyat Palestin yang tingal di Gaza, sambil menambah “Ekonomi Gaza telah runtuh”.


“Minyak dan bahan mentah adalah penting untuk industri tempatan. Manakala bantuan kemanusiaan boleh membawa perubahan kepada ramai orang di Gaza, pengeluaran dan perdagangan tempatan mesti disambung semula dalam usaha meningkatkan tahap kehidupan penduduk awam secara keseluruhannya ,” kata Katharina Ritz, Ketua misi Palang Merah di Baitulmuqaddis.

Ritz menjelaskan barangan penting itu diperlukan untuk memastikan industri bergerak dan memperbaiki infrastruktur, seperti bahan-bahan binaan yang tidak dibenarkan masuk ke Gaza lebih setahun lalu serta hospital-hospital dan stesen-stesen pengepaman air yang sangat memerlukan barang ganti untuk menyelenggara dan menukar peralatan.

1 thought on “Ekonomi Gaza Musnah ?

  1. This is great! It really shows me where to expand my blog. I think that sometime in the future I might try to write a book to go along with my blog, but we will see…Good post with useful tips and ideas

Comments are closed.