Haniyya menyeru Mesir untuk terus membuka laluan Rafah buat selamanya.

Jumaat, 04/07/2008 –Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya berkata pada hari Khamis bahawa kejadian yang berlaku pada hari Rabu di laluan Rafah adalah secara spontan dan tidak dirancang, beliau juga menyeru Kerajaan Mesir supaya mempercepatkan pembukaan laluan Rafah itu secara rasmi.

Haneyya memberi komen itu semasa memberi ucapan kepada pegawai polis di Ibu Pejabatnya di Gaza di mana beliau menegaskan kekecewaan dan tekanan daripada kejadian itu seharusnya di salahkan kepada cubaan orang ramai yang menggempur pintu masuk laluan itu.