Gaza Bakal Bencana ?

Jumaat, 04/07/2008 –Pergerakan Hamas memberi amaran bahawa situasi kemanusiaan di Semenanjung Gaza menjangkau kepada tahap membawa bencana yang tidak terkawal, sambil merayu kepada Mesir agar mencari formula bagi membolehkan pembukaan lintasan Rafah seperti asal sehingga persetujuan dicapai dalam mekanisme untuk mengoperasikannya secara tetap.

Dalam satu kenyataan akhbar, Sami Dr. Abu Zuhri selaku jurucakap Hamas menafikan perebutan orang awam yang berlaku Rabu di pinggir lintasan sempadan Rafah adalah disengajakan dan menyifatkan insiden itu berlaku disebabkan keadaan hidup yang mendesak dan menyedihkan di Gaza dan tidak melaksanakan apa yang dipersetujui di Kaherah mengenai keperluan untuk memulakan semula perbincangan bagi membuka lintasan.