Mishaal bertemu Presiden Asad: bincang perkembangan terbaru.

Jumaat, 04/07/2008 –Satu deligasi Hamas yang diketuai oleh Khaled Mishaal, ketua Gerakan Biro politik, bertemu dengan Presiden Syria, Bashar Al-Asad Khamis lalu. Hamas membuat kenyataan bahawa pertemuan tersebut mengambil masa selama 1 jam 30 minit membincangkan hal ehwal semasa di Palestin dan rantaunya.

Presiden Asad menyatakan sokongannnya kepada penduduk Palestin di dalam ucapan-ucapan perdamaian nasional yang akan mendorong kepada perpaduan negara dan berkata Syria bersedia untuk membantu dalam hal ini.