Vanunu: Ancaman Nuklear Israel Lebih Bahaya daripada Iran


Seorang anti nuklear Israel Mordechai Vanunu menyatakan bahawa ancaman program nuklear Israel adalah lebih berbahaya berbanding program nuklear Iran yang kini tengah mendapatkan sorotan dunia terutama Amerika.

Vanunu, adalah orang Yahudi yang dibebaskan dari penjara Zionis Israel pada bulan April lalu setelah merengkok selama 18 tahun di sel tahanan Israel kerana telah membongkar rahsia program nuklear penjajah Zionis Israel.

Dalan percakapannya dengan radio Swedia di Stockholm, Mordechai Vanunu mengatakan, ?Bahawa program nuklear Israel lebih dan sangat berbahaya bila dibandingkan rivalnya di timur tengah, negeri para mullah Iran.?

Vanunu menambahkan bahwa Iran dan Iraq menerima ide untuk menjadikan kawasan timur tengah bebas dari senjata nuklear. Namun Israel masih tidak bersedia untuk menerima tindakan ini dan terus mengembangkan program nuklearnya di Dimona, wilayah selatan Israel (Nagev).

Selanjutnya dia mengatakan, Iran telah menghadapi kecaman dan tekanan keras agar menghentikan program nuklearnya, yang menurut pandangan para ahli di bidangnya program ini dapat diterima. Namun Amerika dan Israel menunjukan ketakutan dan kecemasan luar biasa atas perkembangan program nuklear Iran.

Untuk itu, dalam wawancara dengan televisyen Swedia ini, Vanunu menyeru kepada Israel untuk menarik diri dari program nuklearnya. Vanunu mengatakan bahawa Israel adalah Negara ancaman, dialah yang menceroboh dan menduduki tanah Arab (Palestin).

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.