Kenapa Tidak Mahu Berjumpa Mishaal ?

Isnin, 07/07/2008 –Pemimpin politik kanan Hamas, Ezzat Al-Resheq pada Ahad lalu mengutuk -kenyataan pembantu rapat Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang dia tidak akan menemui Khaled Mishaal, ketua politik tertinggi Hamas.

Abbas tiba di ibu negara Syria, Damsyik pada Ahad lalu dalam lawatan dua hari ke negara Arab itu.

“Kenyataan pembantu Abbas yang beliau tidak akan bertemu Mishaal mendedahkan bahawa kuasa veto Amerika Syarikat dan Israel dalam dialog kebangsaan Palestini masih wujud”, kata Resheq dalam satu temubual dengan Quds Press.