Gaza Kekurangan Ubat ?

Rabu, 09/07/2008 –Menteri kesihatan PA dalam kerajaan sementara Palestin yang sah di bawah pimpinan Perdana Menteri, Ismael Haneyya iaitu Dr. Basim Na’im pada Isnin lalu telah bertemu dengan pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia di ibu negara Mesir, Kaherah dan memberi taklimat mengenai keadaan kesihatan yang membimbangkan di Semenanjung Gaza.

Na’im juga menerangkan sekatan ekonomi Israel di Semenanjung Gaza telah menyebabkan kekurangan ubat-ubatan dan peralatan perubatan di hospital-hospital Gaza, disamping Israel tidak membenarkan para pesakit Palestin untuk menerima rawatan perubatan susulan di luar negeri.