Perintah Berkurung Untuk Hari Ke Empat di Na’lin

Rabu, 09/07/2008 –Menurut sumber laporan Palestin, tentera rejim Zionis telah melanjutkan tempoh perintah berkurung untuk hari yang keempat berturut-turut yang dikenakan keatas perkampungan Na’lin yang terletak di barat bandar Ramallah.

Menurut ketua kampung tersebut, Ayman Nafe, tentera rejim Zionis telah mengenakan perintah berkurung yang ketat dan menyekat keluar masuk lalu lintas.Katanya, tentera itu membuat rondaan di jalanan sambil ‘jeep’ mereka memusnahkan segala infrastruktur yang menghalang laluan mereka. Tambahnya lagi, penduduk kampung tidak berpeluang untuk berniaga dan juga membawa pesakit ke klinik.

Penduduk kampung bersama pihak luar yang bersimpati sering mengatur perhimpunan sejak beberapa minggu lepas dalam menentang pembinaan dinding pemisah yang bersifat perkauman yang telah memakan sebahagian dari tanah kampung.Di kawasan lain Tebing Barat, pihak tentera rejim Zionis telah menculik dua orang warga Palestin dan remaja berumur 17 tahun di khemah pelarian Balata, timur bandar Nablus pada waktu subuh hari Isnin.

Di daerah Jenin, tentera rejim Zionis telah menahan enam orang Palestin dari perkampungan Zabuba sebelum subuh hari Isnin setelah memecah masuk ke dalam rumah mereka. Menurut penduduk tempatan mereka semua berumur 18 tahun.

Di Tulkarem, untuk malam ketiga berturut-turut sejak Ahad telah menggempur bandarnya dan menceroboh rumah-rumah dan menahan seorang remaja sebelum subuh hari Isnin.Tentera itu turut menculik dua orang pekerja Palestin di perkampungan Deir Al-Ghusoon, utara Tulkarem, yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Jerusalam.