Zionis Dan Kerajaan PA Bersekongkol ?

Jumaat, 11/07/2008 –Pergerakan Hamas Selasa lalu mengecam hebat kempen yang dicetuskan bersama oleh askar-askar rejim Zionis dan pihak keselamatan PA terhadap warga Palestin yang mensasarkan kehidupan mereka serta perkhidmatan awam dan swasta di Tebing Barat, sambil menggambarkan keadaan di sana sebagai terlalu serius.

Hamas menganggap serangan-serangan terhadap pusat kesihatan, badan kebajikan, kelab-kelab, pusat membeli belah, kedai-kedai dan institusi perkhidmatan lain di bandar Nablus merupakan petunjuk serius dan jelas bahawa pendudukan Israel akan berterusan bagi membahayakan penduduk Palestin dengan pelbagai alasan rapuh dan bodoh.