Keluarga Qawas ingin membentuk lobi membebaskan datuk bandar Qalqilya.

Isnin, 14/07/2008 –Keluarga banduan Wajeeh Qawas, datuk bandar majlis perbandaran Qalqilya di Tebing Barat, merayu kepada semua pertubuhan hak asasi manusia dan pakar undang-undang di Palestin untuk membentuk satu kumpulan lobi mempertahankan Qawas dan memberi tekanan untuk membebaskannya kerana dia berada dalam keadaan kesihatan yang membimbangkan.

Keluarga berkata bahawa Qawas sedang menderita masalah injap hati dan darah beku.

Keluarga menambah bahawa walaupun keputusan sebelum ini yang dikeluarkan oleh mahkamah tinggi Israel mengambilkira soal kesihatan Qawas, namun perisikan Israel berkeras untuk meletakkan beliau dalam tahanan tanpa dikenakan apa-apa tuduhan terhadapnya.