Penduduk Palestin di Gaza, Tebing Barat hadapi kebuluran


Isnin, 11/10/2004 – Pegawai kebajikan Palestin, kelmarin memberi amaran tindakan Israel menyekat dan menghalang bantuan dari sampai kepada penduduk Palestin akan mewujudkan keadaan kebuluran sama seperti yang dialami penduduk di benua Afrika.

?Saya rasa Israel cuba mewujudkan keadaan kebuluran dalam usahanya membunuh seberapa ramai penduduk Palestin yang boleh.

?Jika keadaan ini berterusan, kita dapat menjangka berpuluh ribu, mungkin beratus riba penduduk akan mati kebuluran bermula tahun depan,? kata Ketua Persatuan Kebajikan Islam di Ramallah, Fouad Hassouna.

Hassouna berkata, rejim Zionis menyedari kesan bencana manusia itu ke atas dasar dan tindakannya di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.


(gambar kanan) Kanak-kanak Palestin di utara Gaza hidup dalam ketakutan sekarang

?Israel menjadikan bandar, kampung malah perkampungan kecil kami sebagai kem tahanan. Kami tidak dapat keluar, tidak dapat bekerja malah tidak dapat bergerak bebas.

?Penduduk sukar mendapatkan walaupun sekeping roti untuk anak kecil mereka. Keadaan ini amat dahsyat,? katanya.

Pusat Media Palestin melaporkan, seorang lagi pegawai kebajikan di Hebron, Abu Muhammed, berkata ?pembunuhan beramai-ramai adalah matlamat utama Israel?.

Katanya, puak Yahudi memang mahu melihat sejuta penduduk Palestin mati akibat kebuluran dan ditawan.

?Tiada perbezaan antara Yahudi dan Nazi. Kerajaan Israel menggunakan pendekatan yang sama pernah digunakan Nazi. Mereka menutup bandar dan perkampungan kami, menghalang penduduk bekerja.

?Mereka juga menghalang eksport produk dan import makanan, penduduk kehabisan wang dan tidak dapat membeli makanan. Semua orang tahu kesan utamanya ialah kelaparan kemudian kebuluran dan kemudian, kematian,? katanya.

Rabu lalu, wartawan Israel, Amira Hass, memberi amaran Israel mungkin berhasrat melihat kesan seumpama itu timbul akibat tindakan kejam mereka.

Hass juga meluahkan kebimbangan peningkatan ancaman rejim Zionis terhadap laporan Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) mungkin menyebabkan berlakunya tragedi pembunuhan beramai-ramai.

Kelmarin, UNRWA mengeluarkan laporan menyatakan lebih 66 peratus penduduk Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza berada di bawah paras kemiskinan.

Sementara itu, pegawai Israel enggan memberi kenyataan berhubung perkara itu.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.