Haniya: Nafi Hantar Tentera ke Tebing Barat.

Rabu, 16/07/2008 –Pergerakan Hamas Selasa lalu menafikan dakwaan perisikan Presiden PA, Mahmoud Abbas bahawa Hamas telah menghantar kumpulan bersenjata dari Gaza ke Tebing Barat.

Kenyataan oleh Hamas itu menyatakan bahawa dakwaan yang dilakukan adalah berniat jahat dan tidak logik sama sekali serta berasaskan fitnah, sebagai percubaan pihak keselamatan Tebing Barat menghalalkan tindakan mereka ke atas penduduk, yang marah dengan tindakan mereka.

Pihak keselamatan Tebing Barat juga telah menggunakan fitnah yang sama terhadap Hamas setahun yang lalu, dengan mendakwa Hamas telah membentuk kumpulan elit bersenjata di Tebing Barat, kata kenyataan yang sama.