Blair Batal Lawatan ke Gaza ?

Pergerakan Hamas pada Selasa lalu berkata wakil Jawatankuasa Kuartet Antarabangsa, Tony Blair telah membatalkan lawatan yang dijadualkan ke Semenanjung Gaza disebabkan oleh tekanan Israel.

Dr. Sami Abu Zuhri selaku jurucakap Hamas dalam satu kenyataan berkata lawatan itu akan membuktikan kejayaan Hamas untuk kekal dengan pendiriannya menolak sebarang pencerobohan atau memberhentikan penentangan.

Beliau menambah lawatan itu juga terbukti sebagai satu peluang untuk masyarakat antarabangsa mendapatkan pandangan yang lebih dekat mengenai tragedi kemanusiaan di Gaza dengan penderitaan disebabkan oleh pengepungan dan pencerobohan Israel.