Bayi 10 Bulan Meninggal Dunia.

Jumaat, 18/07/2008 –Seorang bayi Palestin berumur sepuluh bulan yang menyertai kumpulan warga Palestin yang sakit pada Khamis lalu telah meninggal dunia disebabkan sekatan Israel dan penutupan lintasan di Semenanjung Gaza, meningkatkan jumlah kanak-kanak yang mati kepada 46 orang disebabkan oleh pengepungan itu, menurut sumber perubatan Palestin.

Lebih daripada 211 orang warga Palestin termasuk kanak-kanak, wanita, dan orang tua menemui ajal ketika pengepungan zalim Israel di Semenanjung Gaza sejak Jun tahun lepas. Rejim Zionis menahan permit pesakit Palestin untuk mencari rawatan perubatan di luar Semenanjung Gaza.

Kementerian Kesihatan Palestin mengenalpasti mangsa sebagai Waseem Iyad Hammad dari Beit Hanon, utara bandar Gaza sambil menyatakan Hammad adalah mangsa kesembilan belas sejak rejim Zionis menerima perjanjian damai di Semenanjung Gaza.