Bardawil beri amaran kerjasama politik Abbas mungkin menggadaikan hak.

Isnin, 21/07/2008 –
Pergerakan Hamas telah memberi amaran tentang bahayanya kerjasama politik di antara Presiden PA Mahmoud Abbas dan PM Israel Ehud Olmert yang mungkin membawa ke arah penubuhan negara Palestin bersempadan tahun 1967, tanpa memberi penyelesaian kepada isu Baitul Maqdis, pelarian dan tahanan Palestin.

Ahli parlimen, Dr Solah Al-Bardawil, jurucakap bagi penyokong Hamas di Parlimen, menyatakan bahawa sebuah perjanjian antara perunding Palestin dan Israel sedang diatur yang akan menerima penubuhan kerajaan Palestin berdasarkan sempadan tahun 1967 tanpa mengendahkan isu Baitul Maqdis, pelarian Palestin dan tahanan di penjara Israel.