Haneyya : Kami sedia berdialog segera, tanpa syarat.

Isnin, 21/07/2008 –
Ismail Haneyya, PM kerajaan PA menekankan bahawa kerajaannya bersedia untuk segera berdialog kebangsaan Palestin dan membincangkan segala isu dalam yang tertangguh tanpa sebarang syarat.

Haneyya berucap ketika menyampaikan penghargaan kepada mahasiswa University Islam Gaza Sabtu petang, beliau tidak akan menarik balik pendiriannya.

Beliau menyatakan penekanannya terhadap perpaduan kebangsaan dan dialog dalaman untuk menghentikan perselisihan dan mengembalikan perpaduan dan kesatuan.

Beliau juga berpandangan bahawa sekatan Israel ke atas rakyat Palestin tidak boleh tidak pasti akan musnah apabila berdepan dengan keteguhan mereka.

Haneyya menjangkakan sebuah lagi majlis akan diadakan dalam masa terdekat untuk meraikan pembebasan beberapa tahanan Palestin daripada penjara jajahan Israel.

1 thought on “Haneyya : Kami sedia berdialog segera, tanpa syarat.

Comments are closed.