Bardawil : Hamas tidak akan mengiktiraf Abbas sebagai Presiden.

Khamis, 24/07/2008 –Ahli Parlimen Dr Solah Bardawil, jurucakap kepada penyokong blok Hamas di parlimen, pada Rabu lalu menegaskan bahawa pergerakan itu tidak akan mengiktiraf Ketua PA sekarang, Mahmoud Abbas, sebagai Presiden setelah tempoh perjawatan beliau tamat pada 9 Januari 2009.

Jawatan presiden pada 9 Januari 2009, akan berpindang secara undang-undang kepada jurucakap PLC, Dr Aziz Dwaik, yang kini merengkok dalam tahanan Israel, dan timbalannya adalah Dr Ahmed Bahar, kata Bardawil.
asyraffdini: Beliau menyatakan kepada Quds Press bahawa Hamas berkeras ingin melaksanakan undang-undang sambil menambah bahawa Hamas mempunyai memo sah dari sudut perlantikan presiden dan sebarang penerangan bertentangan dengan undang-undang adalah “tidak berguna”.