Rejim Zionis menahan ayah gadis yang merakamkan video askar menembak tahanan.

Khamis, 24/07/2008 –Askar-askar Rejim Zionis Rabu lalu telah menculik Jamal Omaira, bapa si gadis yang merakamkan tragedi askar Rejim Zionis menembak tahanan Palestin yang digari dan ditutupkan matanya di kampung Na’lin di barat bandar raya Ramallah beberapa hari lepas.

Askar tersebut memberitahu bahawa dia hanya mengikut arahan dari pihak atasan untuk menembak tahanan yang tidak berupaya.

Pada masa yang sama, sejumlah askar Rejim Zionis memasuki Bandar Tulkarem dan kampung Qufin untuk mencari aktivis Jihad Islamiah Fadi Kittana, yang terlepas dari percubaan pembunuhan Selasa lalu.