Penyerahan Memo ke kedutaan AS


Isnin, 11/10/2004 –
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), PAS dan beberapa parti-parti politik serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menyerahkan memo bantahan terhadap keganasan terkini rejim Zionis Israel di utara Gaza, ke kedutaan Amerika Syarikat, Jumaat ini, 15 Oktober 2004.

Rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan agama, terutamanya mereka yang prihatin terhadap isu Palestin dan juga isu-isu kemanusiaan diseru agar turut serta menyertai penyerahan memo tersebut yang akan berlangsung pada jam 2:30pm waktu tempatan.

Memo itu antara lain mengutuk tindakan keganasan rejim Israel yang terkini di utara Gaza yang telah mengorbankan 91 nyawa dan juga mengutuk tindakan Amerika Syarikat mempertahankan tindakan tersebut di mesyuarat Majlis Keselamatn PBB dengan menggunakan veto mereka.

Penyerahan memo ini juga bertujuan untuk memberi amaran kepada Israel dan AS bahawa masyarakat Malaysia masih lagi prihatin terhadap nasib saudara mereka di Palestin. Ianya juga sebagai manifestasi kepedulian masyarakat Malaysia terhadap isu-isu kemanusian dan juga penegakan keadilan sejagat.



Statistik terkini, lebih 110 rakyat Palestin syahid(doa) dalam serangan kebinatangan pengganas Israel setakat ini di utara Gaza. Masihkah kita ingin memandang sepi isu Palestin ini ?

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.