Kerajaan Fayyad mahu potong gaji pekerja awam di Gaza

Jumaat, 25/07/2008 –Sumber Palestin mendedahkan bahawa kerajaan tidak sah Salam Fayyad secara serius mahu memotong gaji semua pekerja awam di Tebing Gaza selepas ia memotong gaji sebahagian daripada mereka sebagai alasan mereka bekerja bertentangan dengan kerajaan Palestin yang sah.

Sumber memberitahu Quds Press bahawa kerajaan Fayyad mahu memotong gaji semua pekerja awam di Gaza, yang sebahagian besar mereka mempunyai hubungan dengan Fatah atau bekerja sebagai pihak keselamatan kerajaan lalu.