Hamas : Cadangan dialog oleh Abbas, cubaan alih perhatian.

Isnin, 28/07/2008 –Pergerakan Hamas membuat kenyataan bahawa kenyataan Presiden PA, Mahmoud Abbas di Kaherah Ahad lalu tentang wujudnya persiapan untuk dialog kebangsaan tajaan Mesir adalah sebagai satu cubaan untuk mengalih perhatian umum terhadap pembunuhan beramai-ramai di pantai Gaza oleh kumpulan Fatah.

Dalam kenyataan akhbarnya yang dikirim kepada PIC, Dr. Sami Abu Zuhri menyatakan bahawa kenyataan simpati dan sesal oleh Abbas kepada mangsa pembunuhan di pantai Gaza, tidak bermakna dan adalah merupakan satu cubaan membersihkan jenayah yang dilakukan oleh Fatah, kerana wakil media yang mempunyai hubungan rapat dengan presiden PA itu, terutamanya siaran Palestine TV, telah meraikan pembunuhan itu tanpa rasa malu. Ini menunjukkan bahawa PA dan Fatah terlibat secara langsung dengan pembunuhan kejam itu.