Abu Marzouk: Dialog Abbas tidak bersungguh-sungguh.

Selasa, 29/07/2008 –Dr. Mousa Abu Marzouk, timbalan biro politik Hamas, Isnin lalu berkata bahawa dialog yang diadakan oleh ketua Palestin, Mahmoud Abbas sebagai “tidak bermakna dan tidak bersungguh-sungguh berdasarkan perkakasan keselamatan yang sedang dilakukan di Tebing Barat”.

Abu Marzouk dalam satu sidang akhbar berkata bahawa Gerakan mereka sentiasa menyokong dialog nasional dan percubaan untuk menyembuhkan keretakan dalaman Palestin dan mengukuhkan perpaduan penduduk Palestin.

Bagaimanapun, apa yang dilakukan oleh perkakasan keselamatan Palestin di Tebing Barat seperti menggertak dan menahan kader-kader Hamas serta penyokong-penyokongnya menunjukkan yang panggilan dialog Abbas adalah tidak serius