Polis Keselamatan Pencegahan Kerajaan PA menahan Jurnalis Hebron.

Rabu , 30/07/2008 –
Polis keselamatan Pencegahan Palestin Selasa lalu menahan Awadh Rajoub, jurnalis kawasan Hebron, sebagai satu langkah menggugat keselamatan jurnalis dan para intelektual.

Saksi mengatakan bahawa sejumlah sedozen pegawai polis pencegahan menyerbu dan menggeledah pejabat akhbar Rajoub di pekan kecil Dura, kira-kira 12 batu ke tenggara Hebron sejurus sebelum matahari terbenam.

Keluarga Rajoub menyatakan, mereka tidak tahu mengapa Rajoub, seorang jurnalis bebas, yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik, ditangkap.