Pejabat kerja-kerja kebajikan milik Emiriah Arab Bersatu di Gaza anjur kempen.

Khamis, 31/07/2008 –Pejabat milik Emiriah Arab Bersatu untuk kerja-kerja kebajikan di Gaza, pada Selasa lalu menganjurkan kempen bantuan untuk meringankan penderitaan bukan warga Palestin dari Mesir, Arab Saudi, Libya dan Jordan yang tersadai di pintu sempadan Rafah.

Kempen bantuan itu membekalkan makanan, khidmat kesihatan, perubatan, susu bayi dan bantuan kewangan bagi mereka yang tersadai berjumlah kira-kira 200 orang.

Dalam ucapannya berhubung perkara ini, Eman Al-Haddad, pengarah pejabat kerja kebajikan ini, menyatakan bahawa pejabatnya mendapat rayuan daripada banyak institusi hak-hak asasi manusia yang berfungsi di Rafah, agar memberikan bantuan segera untuk mereka yang tersadai di sana, dengan segera mengambil keputusan untuk menyiapkan bantuan menyeluruh untuk membantu meringankan bebanan mereka, terutama mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak kecil.