Hamas : Awas Gunting Dalam Lipatan ?

Khamis, 31/07/2008 –Pergerakan Hamas menyatakan pasukan keselamatan Palestin yang disokong Israel dan pelbagai trend dalam Fatah akan menabur duri-duri yang mereka semai tidak lama lagi walaupun mereka sentiasa berharap ia tidak sampai ke peringkat ini.

Dalam satu siaran akhbar yang diterima PIC, Hamas menggariskan bahawa keadaan di Tebing Barat yang diduduki adalah serupa dengan apa yang berlaku sebelum Hamas mengambil alih pasukan bersenjata bagi memulihkan keadaan di Gaza supaya kembali normal.

Hamas menjelaskan pihak keselamatan Palestin dokongan AS sering melakukan jenayah terhadap kader-kader Hamas dan penyokongnya di dalam bilik bawah tanah yang jumlahnya menjangkau lebih daripada 200 rakyat Palestin, sambil menambah kebelakangan ini mereka juga berkerjasama dengan askar-askar rejim Zionis bagi membunuh pejuang-pejuang Palestin.