Lawatan perpaduan Mishal ke Sudan.

Rabu, 06/08/2008 –Khaled Mishaal pengerusi biro politik Hamas akan bertemu dengan Presiden Sudan, Omar Al-Bashir untuk membincangkan krisis antara kerajaan Sudan dengan mahkamah jenayah antarabangsa dan perkembangan terkini Palestin.

Mashal yang tiba pada hari isnin mengetuai delegasi untuk lawatan perpaduan turut menyuarakan kesediaan pergerakannya memberi sokongan kepada Bashir walaupun pendakwaraya menuntut penangkapan Bashir selepas mendakwanya terlibat dengan jenayah perang di Darfur.

Pemimpin Hamas itu telah pun bertemu dengan Naib Presiden Sudan, Ali Othman Taha pada hari Isnin lalu dan dijadualkan akan berjumpa dengan beberapa lagi pegawai rasmi kerajaan pada hari Selasa.