Majlis Perundangan Palestin bentang inisiatif baru bagi dialog kebangsaan.

Jumaat, 08/08/2008 –Dr Ahmed Bahar, speaker sementara Majlis Perundangan Palestin, Rabu lalu menyuarakan sebuah inisiatif baru bagi dialog kebangsaan sebagai wakil Dr Aziz Dwaik yang ditahan oleh penjara penjajah Israel.

Bahar memberitahu sidang akhbar di Gaza bahawa beliau menyeru presiden PA dan kerajaan di kedua-dua belah pihak, Hamas dan Fatah untuk menyambung semula dialog kebangsaan dengan segera untuk menyelesaikan krisis dalaman Palestin, dengan mengalu-alukan sesi pertama dialog itu dibuat di ibupejabat Majlis Perundangan Palestin.

Beliau menekankan bahawa semua persetujuan dan titik persamaan di antara Hamas dan Fatah hendaklah dibentangkan bersama dan menyeru agar penahanan disebabkan hubungan politik diberhentikan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, serta membebaskan semua tahanan politik dan memberhentikan semua kempen propaganda