Pakar jantung antarabangsa simpul kejayaan lawatan ke Gaza.

Jumaat, 08/08/2008 –Pakar bedah jantung terkenal, Raed Al-Abdullah, menamatkan siri lawatannya ke Semenanjung Gaza, bahawa beliau telah memeriksa sejumlah 95 orang kanak-kanak Palestin yang mempunyai masalah jantung di beberapa buah hospital dan pusat kesihatan di semenanjung itu.

Suhail Fleefel, pengarah yayasan bantuan kanak-kanak Palestin, yang terletak di Amerika, mendedahkan bahawa lawatan itu adalah berjaya sambil menambah bahawa pakar jantung warga Amerika kelahiran Iraq itu telah meneliti 95 kes dan mendapati sekurang-kurangnya 35 kes memerlukan pembedahan jantung segera, dan kes lain memerlukan rawatan intensif, dan pemerhatian kesihatan berterusan.