Akhbar Hebrew : Janji Olmert pada Abbas.

Jumaat, 08/08/2008 –Sumber Hebrew di bandar terjajah Al-Quds mencadangkan Khamis lalu bahawa janji Ehud Olmert terhadap Abbas bagi membebaskan tahanan Palestin adalah lebih kepada melengkapkan pertukaran tahanan dengan Hizbullah, berbanding isyarat baik buat Abbas.

Penganalisis politik Amos Harel mempersoalkan masa isyarat itu dalam sebuah artikel yang disiarkan oleh Haaretz (akhbar Hebrew) Khamis lalu, dengan menyatakan bahawa tiada isyarat yang diberikan kepada Abbas sejak pertemuan Annapolis, “Dan kini, tiba-tiba, tanpa sebarang hubungan, lebih 100 orang akan dibebaskan.”