Hamas : Laporan pusat perundangan bagi situasi di Gaza tidak adil.

Jumaat, 08/08/2008 – Pergerakan Hamas mengkritik hebat laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Hak-hak Asasi Manusia Palestin tentang situasi di Gaza, dan menyifatkannya sebagai berat sebelah dan tidak adil kerana ia hanya memfokuskan hal-hal kecil di Gaza, tetapi mengabaikan pengalaman pahit kader-kader Hamas di tebing Barat.

“Semua institusi perundangan dan hak asasi manusia di semenanjung Gaza pernah dan masih lagi menikmati kebebasan menyuarakan pandangan sebagaimana yang persaksian mereka ketika mesyuarat bersama kami, dan fakta terdapat sebahagian kecil peguam tidak dibenarkan berjumpa tahanan tidak sepatutnya dijadikan pandangan umum bahawa semua peguam tidak dibenarkan berjumpa dengan tahanan, ” tegas Dr Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas di Gaza, dalam kenyataan bertulis beliau dan salinannya diperolehi oleh PIC.

Hamas juga mempersoalkan sebab di sebalik ketidakjelasan pendirian pusat itu yang dilihat senyap apabila melihat gelombang penangkapan terhadap pemimpin politik Hamas, kader dan penyokongnya di tebing Barat di tangan pasukan keselamatan PA di bawah arahan Presiden PA, Mahmoud Abbas.