Pecahkan kepungan Israel di perairan.

Isnin, 11/08/2008 –Penganjur lawatan dari laut untuk memecahkan pengepungan Israel di Gaza Rabu lalu menekankan yang mereka tidak memaklumkan kepada rejim Zionis mengenai rancangan mereka kerana kapal-kapal mereka tidak mengharungi perairan Israel sambil menambah mereka bersedia menerima sebarang halangan yang mungkin menghalangi pelayaran itu.

Penganjur itu menyatakan lawatan mereka terdiri daripada dua buah kapal, satu daripadanya dipanggil “Free Gaza” dan yang lain ialah “Liberty” sambil menunjukkan pihak sekuriti bebas akan menggeledah kapal-kapal kargo itu bagi memastikan mereka bebas daripada senjata-senjata atau bahan berbahaya.