Hamas bantah keras idea letak tentera Arab di Gaza.

Isnin, 11/08/2008 –Pergerakan Hamas pada Ahad lalu mengulang pendirian mereka membantah perletakan tentera Arab atau tentera asing di Semenanjung Gaza atau di Tebing Barat walaupun untuk sebarang konteks.

Pergerakan itu dalam sidang akhbarnya mengatakan bahawa kenyataan itu menjawab kenyataan oleh pihak berkuasa Ramallah beberapa hari yang lalu yang mendesak kemasukan tentera Arab ke Gaza dan Tebing Barat, yang disuarakan kali terakhir oleh ‘Perdana Menteri Dayton’, Salam Fayyad.

Hamas menjelaskan, bahawa sepatutnya pihak tentera Israel perlu didesak untuk berundur tanpa syarat sambil menambah bahawa satu-satunya cara untuk menyelesaikan konflik rakyat Palestin adalah dengan mengadakan perbincangan secara langsung dan serius dengan Hamas.