Tulkarem Dalam Bahaya.

Selasa, 12/08/2008 –Serentak dengan operasi PA pihak keselamatan di sekitar jalanraya, askar-askar rejim Zionis telah melakukan berdozen serangan mendadak sepanjang siang dan malam di bandar Tulkarem sepanjang minggu lepas, di mana mereka menculik dan menyita serta mensabotaj harta persendirian warga Palestin.

Menurut sumber tempatan dan saksi, serangan mendadak itu termasuk pembinaan hadangan dan tempat pemeriksaan, menggeledah kediaman, menembak para penduduk, merampas kereta dan memusnahkan hartabenda lain.

Sebelum itu, sejumlah besar askar-askar rejim Zionis menceroboh bandar itu dan memecahkan lebih 20 buah kereta kepunyaan penduduk Palestin pada siang hari tanpa sebarang sebab.