Haneyya : Tidak tunduk kepada desakan kumpulan tertentu bagi pembebasan Shalit.

Selasa, 12/08/2008 –Ismail Haneyya, PM kerajaan Palestin, Ahad lalu menegaskan bahawa kumpulan Palestin yang menahan tentera Israel, Gilat Shalit, tidak akan undur dalam tuntutan mereka bagi sebarang kemungkinan sekiranya Shalit mahu dibebaskan.

Haneyya, dalam lawatannya ke rumah Hisham Shaath, tahanan yang baru sahaja dibebaskan, berkata bahawa beliau tidak akan bercakap tentang isu Shalit, tetapi menegaskan bahawa mereka tidak akan mengubah syarat mereka bagi pembebasan Shalit.

Beliau mengulang pendirian Pergerakan Hamas untuk memulakan apa sahaja usaha yang diperlukan untuk memastikan pembebasan semua tahanan Palestin di penjara rejim Israel.