Yayasan Dhameer : Abbas bertanggungjawab sepenuhnya peningkatan derita rakyat.

Khamis, 14/08/2008 – Yayasan Dhameer untuk Hak-hak Asasi Manusia meletakkan Presiden Kerajaan Palestin, Mahmoud Abbas sebagai bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penerusan pertelingkahan dalam Palestin yang menambahkan penderitaan rakyatnya, mengatakan bahawa pada masa yang sama, Abbas tidak mengambil langkah yang diperlukan untuk membuka pintu sempadan Rafah.

Khalil Abu Shammala, pengarah yayasan itu, menambah bahawa kumpulan-kumpulan rakyat Palestin termasuk Hamas, dianggap turut sama bertanggungjawab.

Abu Shammala menegaskan bahawa terdapat raturan keluarga Palestin yang tidak mempunyai wang untuk membeli susu anak mereka dan ribuan yang tidak mampu menanggung kos perubatan atau membeli peralatan sekolah anak-anak mereka dengan memberi perhatian bahawa semua ahli politik Palestin wajib memikirkan fakta yang pahit ini serta bertanyakan diri masing-masing adakah mereka mampu untuk mencapai kemenangan dan membina masyarakat dengan kewujudan tragedi seperti ini.