Ghussain : Tekanan Zionis-Amerika paksa Mesir serbu terowong.

Khamis, 14/08/2008 –Ihab Al-Ghussain, jurucakap Menteri Dalam Negeri Kerajaan Palestin, Isnin lalu menyatakan bahawa Mesir telah meningkatkan serangan ke atas terowong-terowong sepanjang sempadannya dengan Semenanjung Gaza disebabkan tekanan Amerika & Zionis.

Ghussain dalam kenyataan akhbarnya berkata bahawa kerajaan Mesir menggunakan cara yang berbahaya dengan bantuan pakar dari Amerika termasuk penggunaan gas dan air, yang membawa kepada kematian ramai rakyat Palestin dan memusnahkan terowong yang jatuh menimpa mereka di dalamnya.

Beliau berkata, kementeriannya dan pihak keselamatan dan polis telah memainkan peranan yang besar untuk menghalang penyeludupan bahan larangan namun membenarkan kemasukan sebahagian bahan asasi untuk membekalkan semenanjung itu dengan keperluan minima selagi pintu sempadan masih terus ditutup.