Masri : Penutupan sempadan Rafah bukti tiada keyakinan antara Palestin dan Mesir

Jumaat, 15/08/2008 –Ahli Parlimen Mushir al-Masri, salah seorang pemimpin politik Hamas, Rabu lalu menyatakan bahawa terdapat suasana kurang keyakinan dan persefahaman antara kepimpinan Palestin dan Mesir kerana desakan baru-baru ini agar pintu sempadan Rafah ditutup.

Ahli Parlimen itu memberitahu akhbar Quds bahawa suasana itu juga berlaku kerana Mesir gagal untuk menunjukkan hasil kerjasama asasi seperti pertukaran tahanan dan dialog kebangsaan.

Beliau berkata bahawa Hamas berada di bawah tekanan yang hebat untuk menukar perantaraan Mesir dalam isu pertukaran tahanan. ” Sehingga kini, fail pengantara masih lagi di tangan Mesir tapi kami berada di bawah tekanan yang tidak pernah kami alami daripada tokoh Palestin untuk menukar pengantara Mesir,” jelas beliau.